Bukan Marah Panggil Saya ‘Retis’, Cuma Nak Beritahu Perkataan Itu Tak Wujud – Jihan Muse

Hiburan

Bukan Marah Panggil Saya ‘Retis’, Cuma Nak Beritahu Perkataan Itu Tak Wujud – Jihan Muse

Baru-baru ini, selebriti Adibah Noor ada mengatakan panggilan ‘retis’ itu adalah penghinaan dan seakan merendah-rendahkan golongan artis. Turut memberikan pandangan mengenai isu terbabit adalah pelawak dan pengacara, Jihan Muse. 

Advertisement

Kata Jihan memang tidak sepatutnya perkataan itu digunakan. Gara-gara status Twitternya itu, ramai yang mengkritik Jihan kini sudah mula berlagak diva. Namun, menurutnya, orang ramai sudah salah faham dengan apa yang beliau cuba sampaikan.

Apa yang berlaku adalah salah faham. Dia macam ini, kita kadang-kadang menulis dan mendengar apa yang orang cakap itu tidak sama. Bila bercakap orang akan fahami, bacanya dalam nada yang lain. Saya hanya nak beritahu, perkataan tersebut tidak wujud. Bukan nak marah sebab saya rasa retis itu bagi saya adalah bahasa pasar. Tiada isu pun.

Apa yang saya tulis itu adalah berdasarkan kepada tweet yang dibuat Adibah Noor. Jadi saya pun perasan masih ada yang panggil retis. Ingatkan sudah tak ada sebab saya sendiri pun dah lama tak dengar istilah itu disebut.

Jihan pun sudah menjelaskan perkara sebenar dan harapnya kini netizen bolehlah bawa bertenang ya. Memang benar apa yang beliau katakan, ada kalanya kita baca dalam nada yang berbeza mengikut emosi sehingga timbul salah faham.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...