Boleh dikatakan selepas pelakon, Mawar Rashid mendedahkan dirinya sudah tidak lagi memakai tudung, ramai pihak berasa terkejut serta kecewa dengan tindakannya.
Bukan saja meraih perhatian netizen, malah pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki turut tampil memberi ulasan mengenai isu berkait dengan Mawar itu.
Kata Ustaz dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, darjat seseorang manusia akan diangkat sekiranya berani melawan ujian serta tidak lalai dengan maksiat.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Ustaz Ahmad berkata jika sudah berniat mahu berubah ke arah kebaikan, cubalah untuk taat ketika beristiqamah.
Bukan kita mengalah sehingga kembali membuat maksiat! Ujian itu akan mengangkat darjat.
Sejak semalam, nama Mawar Rashid menarik perhatian ramai tetapi tuan punya badan enggan ulas lebih kerana sedar hal yang dilakukan tidak baik serta tidak patut dicontohi.