“Bukan Ke Kita Semua Sama Taraf..” – Individu Mempersoal Keperluan Tandas VIP Di Masjid & Surau

Kehidupan

“Bukan Ke Kita Semua Sama Taraf..” – Individu Mempersoal Keperluan Tandas VIP Di Masjid & Surau

Tidak setuju wujudnya perbandingan antara masyarakat, seorang lelaki mempersoal di laman Facebook tentang mengapa adanya tandas khas untuk kegunaan orang berkepentingan (VIP) di masjid dan surau.

Semua sama taraf

Menurut sumber, individu tersebut bertanya mengapa wujudnya tandas berlainan bagi mereka yang sama-sama menjadi jemaah di surau dan masjid. Disebabkan perkongsian itu, ia telah mendapat perhatian dari netizen yang mempersoalkan isu yang sama.

Advertisement

Kenapa kena ada tandas VIP di masjid? Bukan ke kita semua sepatutnya sama taraf apabila di rumah ibadat umat Islam?

 

Betul tu, nanti semua akan ke kubur juga. Kita masing-masing manusia. Kenapa kena ada double standard begini?

gambar hiasanSumber : Gambar Hiasan  

Penjelasan

Pada masa yang sama, ada pula yang tampil memberi pendapat mereka tentang mengapa ada tandas yang berbeza bagi VIP. Menurut sesetengah individu, hal ini ada bagi menghormati mereka yang berstatus.

Konsepnya adalah kita meraikan golongan yang patut diraikan. Seperti ibu bapa kita di rumah, mereka pastinya tidur di master bedroom, setaraf dengan tanggungjawab mereka.

 

Sama juga dengan imam, bilal dan penceramah jemputan, mereka ini adalah orang-orang hebat yang tebal ilmu di dada, maka kita raikan mereka. Tandas VIP adalah salah satu contohnya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 months ago

"Sejak Penubuhan, Ini Kali Pertama.." - Jemaah Subuh Terlalu Ramai Cecah 12K, Solat Subuh Diadakan Dua Sesi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...