“Sejak Penubuhan, Ini Kali Pertama..” – Jemaah Subuh Terlalu Ramai Cecah 12K, Solat Subuh Diadakan Dua Sesi

Kehidupan

“Sejak Penubuhan, Ini Kali Pertama..” – Jemaah Subuh Terlalu Ramai Cecah 12K, Solat Subuh Diadakan Dua Sesi

Baru-baru ini tular di media sosial tentang jemaah solat Subuh yang terlalu ramai sehingga terpaksa membuat dua sesi di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru pada pagi Sabtu.

Jemaah cecah 12k

Berita berkenaan telah dikongsikan oleh masjid tersebut melalui sebuah hantaran di Facebook pagi tadi. Difahamkan, kehadiran jemaah yang terlalu ramai itu membuatkan solat Subuh perlu diadakan dua sesi.

Advertisement

Sejak penubuhan, ini adalah kali pertama solat subuh dilaksanakan dua sesi kerana terlalu ramai jemaah yang hadir.

Bersyukur atas sambutan

Bukan itu sahaja, pihak masjid berkenaan juga menyatakan rasa syukur kepada jemaah dan penyumbang yang hadir bagi menjayakan program tersebut. Program Semarak Subuh Johor turut dihadiri beberapa pemimpin dan exco negeri.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir, penyumbang-penyumbang dan sahabat-sahabat pempengaruh yang menjadi antara pencetus bagi program ini.

@masjidsultaniskandar #semaraksubuhjohor #gengsubuhmacamjumaat ♬ Sholawat – My Arimbi

Sebelum ini Negeri Johor telah melancarkan Program Semarak Subuh yang melibatkan  838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.

3 months ago

"Orang Terkejar Nak Pi Kerja, Takleh Nak Semarakkan Subuh Di Masjid" - Individu Tak Puas Hati Imam Baca Surah Panjang Waktu Solat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...