Bukan Kami Kemalangan Tetapi Redza Rosli – Sherry Ibrahim Jelaskan Kekeliruan Ekoran Muat Naik Foto Kemalangan Di Instagram

Hiburan

Bukan Kami Kemalangan Tetapi Redza Rosli – Sherry Ibrahim Jelaskan Kekeliruan Ekoran Muat Naik Foto Kemalangan Di Instagram

Ketika Sherry Ibrahim dan Izreen Azminda memuat naik foto BMW yang kelihatan merempuh pembahagi jalan berserta kapsyen yang memberitahu mereka selamat, ramai yang menyangka kedua-dua aktres itu terlibat dengan kemalangan.

Advertisement

Namun, ia adalah satu kekeliruan kerana bukan mereka yang kemalangan tetapi aktor baharu yang semakin meningkat naik namanya iaitu Redza Rosli.

Menurut Sherry, sebelum kejadian, beliau menaiki kereta bersama pelakon, Izreen Azminda manakala Redza memandu keretanya bersendirian dan mereka bergerak secara konvoi dari Perlis ke Kuala Lumpur selepas tamat penggambaran drama Kak Mar.

Kami bergerak pulang dari Kangar sekitar jam 10 malam (Isnin) dan berhenti rehat di kawan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol. Redza ada mengadu mengantuk dan saya ada tawar diri untuk memandu secara bergilir-gilir.

Jelas Sherry, kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan mereka sendiri melihat kenderaan Redza tiba-tiba terbabas.

Semua berlaku sekelip mata dan terlalu pantas. Bayangkan, kereta Redza berada betul-betul di hadapan kereta kami berdua. Kami menjerit sambil membunyikan hon ketika melihat kereta Redza yang pada awalnya berada di laluan paling kanan bergerak perlahan ke cerun bukit di sebelah kiri lebuh raya.

Menjawab persoalan mengenai muat naik beliau dan Izreen yang sudah mengelirukan peminat. Sherry memberitahu tujuan mereka berkongsi foto tersebut adalah sebagai makluman awal kepada pihak produksi mengenai kejadian yang menimpa mereka.

Untuk makluman, Izreen membuat posting itu untuk maklum kepada pihak produksi kesulitan yang kami alami. Tambahan pula, kejadian berlaku jam 3.30 pagi. Dalam keadaan jalan yang sunyi dan gelap. Kami berdua masih terkejut melihat keadaan Redza yang tidak sedarkan diri.

Mujurlah ada beberapa penunggang motosikal yang membantu kami mengeluarkan Redza dari kereta. Kami lebih berdebar melihat enjin kereta Redza dah berasap. Bantuan tiba jam 6.00 pagi.

Walaubagaimanapun Sherry mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka sejurus menerima berita tentang kemalangan tersebut.

Sumber Berita: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...