Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sherry Ibrahim & Izreen Azminda Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Rempuh Pembahagi Jalan

Pelakon Sherry Ibrahim dan Izreen Azminda telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya apabila kenderaan jenis BMW yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Advertisement

Berita tersebut disampaikan oleh Sherry serta Izreen dimana mereka telah memuat naik foto kereta tersebut di akaun Instagram masing-masing.

Meskipun terkejut dengan apa yang berlaku, kedua-duanya meluahkan rasa syukur kerana terselamat dalam nahas berkenaan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan.

Daripada foto yang dimuat naik oleh mereka, kelihatan kenderaan tersebut berasap dan termasuk ke dalam longkang besar yang memisahkan jalan raya dan cerun bukit.

Advertisement

Itulah kata orang malang tidak berbau, apa-apa pun selalu patuhi had laju yang ditetapkan dan selamat tiba ke destinasi. Walaubagaimanapun, Syukur tiada sesiapa yang mengalami kejadian serius.

Sumber Berita: Instagram Izreen Azminda & Sherry Ibrahim

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top