Bukan Hanya ‘Baby Bump’, Ramai Tak Tahu Rupanya Wanita Hamil Tak Boleh ‘Share’ Dua Perkara Ini

Trending

Bukan Hanya ‘Baby Bump’, Ramai Tak Tahu Rupanya Wanita Hamil Tak Boleh ‘Share’ Dua Perkara Ini

Wanita mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu mereka mengandungkan zuriat yang dinanti-nantikan selepas mendirikan rumah tangga.

Namun, kadang kala dalam keseronokan dan keterujaan mungkin ramai terlepas pandang tentang beberapa perkara yang seharusnya tidak ditayangkan kepada umum.

Advertisement

Menerusi Instagram, selebriti media sosial yang aktif dengan perkongsian keagamaan serta motivasi, Aisyah Hijanah telah berkongsi tentang dua perkara haram dilakukan oleh wanita hamil.

Berdasarkan video tersebut, Aisyah berkata mungkin ada di antara ibu hamil yang tidak tahu bahawa perkara tersebut perlu dirahsiakan.

Dia turut menjelaskan tentang dua perkara tersebut dan sebab mengapa ia diharamkan untuk dikongsi kepada umum.

 

1. ‘Baby bump’

Bagi yang tidak mengetahui, wanita hamil tidak boleh menayangkan ‘baby bump’ dan seeloknya pakai baju yang longgar.

Namun, jika sudah memakai baju yang longgar tetapi masih nampak ‘baby bump’ ia dibolehkan.

Itu tak apalah. Tapi kalau baby bump memang nampak, lepas itu sengaja pakai ketat, yang itu tak boleh.”

 

2. Gambar ‘scan’

Kata Aisyah, perkara nombor dua ini mungkin ramai tidak tahu kerana kebanyakan ibu hamil berkongsi gambar imbasan bayi di media sosial.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya,

Yang scan baby itu pun tak boleh tunjuk juga sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan janin tu sendiri iaitu ia ‘tersembunyi’.”

Menerusi ruangan komen, ramai berterima kasih kepadanya kerana berkongsikan tentang hal ini memandangkan ia adalah sesuatu yang perlu diambil serius.

Ada yang berkata mereka baru tahu tentang hal tersebut daripada perkongsian Aisyah itu sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Selalu Sangat Jumpa Jenis Gini" - Netizen Bengang Geng Suami Tak Bangun & Beri 'Seat' Dekat Ibu Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...