“Bukan Bercinta, Saya Terhutang Budi..” – Sharifah Rose Nafi Jalin Hubungan Dengan Redza Rosli

Hiburan

“Bukan Bercinta, Saya Terhutang Budi..” – Sharifah Rose Nafi Jalin Hubungan Dengan Redza Rosli

Pelakon baharu dan selebriti media sosial Sharifah Rose menafikan wujud cinta lokasi di lokasi penggambaran drama bersiri popular, Kekasih Hati Mr Bodyguard membabitkan dia dengan Redza Rosli.

Sharifah Rose
3 years ago

Pernah Dilabel 'Kayu', Sharifah Rose Buktikan Bakat Lakonan

Advertisement

Rose atau nama lengkapnya Sharifah Rose Sabrina berkata perkara itu tidak timbul sebaliknya dia terhutang budi dengan Redza yang banyak membantunya sepanjang dia berlakon dalam drama itu.

Rose, 23, menjelaskan bukan mudah untuk mencipta keserasian dengan rakan gandingannya itu, namun keakraban mula terjalin sepanjang 116 hari tempoh penggambaran.

Bukan bercinta, sebaliknya saya banyak berterima kasih kepada Redza yang mengajar saya untuk memperbaiki mutu lakonan. Saya terhutang budi kerana Redza dan seluruh kru produksi banyak membantu.

Menurut pelakon Kekasih Hati Mr Bodyguard itu, mereka seperti satu keluarga dan saling membantu di antara satu sama lain. Mungkin ramai yang sedia maklum, Redza seorang pelakon lelaki yang mempunyai prinsip tersendiri.

Sharifah Rose Redza Rosli

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok video siaran langsung yang dibuat Rose dan Redza pada hari terakhir penggambaran. Rose berharap dapat bekerjasama dengan pelakon itu lagi pada masa depan. Begitu juga untuk pelakon Redza yang berharap supaya persahabatan itu berterusan walaupun drama lakonan mereka tamat tayangannya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...