Pernah Dilabel ‘Kayu’, Sharifah Rose Buktikan Bakat Lakonan

Hiburan

Pernah Dilabel ‘Kayu’, Sharifah Rose Buktikan Bakat Lakonan

Sebelum ini pelakon baharu dan selebriti media sosial Sharifah Rose dikecam netizen gara-gara lakonannya dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard arahan Michael Ang.

Sharifah Rose
3 years ago

Tidak Suka Dibandingkan Dengan Orang Lain, Sharifah Rose Ajak Peminat Hargai Diri Sendiri

Advertisement

Kini Sharifah atau nama lengkapnya Sharifah Rose Sabrina dihujani pula dengan kata-kata pujian daripada netizen selepas enam bulan drama itu ditayangkan. Sharifah berjaya membuktikan bahawa dia tidak ‘sekayu’ yang disangka dan semuanya berbalik kepada peluang dan ruang.

Sharifah, 23, akui gembira apabila mendapat respons baik dan suka bila mengetahui semakin ramai yang ikuti drama itu di kaca Tv. Tambahnya lagi, terasa berbaloi dapat menjayakannya dan menjadi sebahagian daripada pasukan drama itu.

Tak dinafikan, masa mula-mula pernah dibelenggu dengan kesedihan. Iyalah, drama belum pun keluar lagi tapi ramai yang tampil mengkritik seakan tak beri peluang pada saya.

Selebriti media sosial itu berkata dia sudah pun menjayakannya dan hanya mampu buat yang terbaik. Bila sudah buat yang terbaik, apa pun orang kata, terpulanglah pada mereka asalkan kita tahu kemampuan kita.

Sharifah Rose

Sharifah atau lebih mesra disapa Rose itu menceritakan pada awal penglibatannya dalam bidang lakonan, dia mengambil untuk selesakan diri di set dan watak. Namun, bila hampir setiap hari berada di set dan dibantu oleh penolong pengarah dan barisan pelakon lain termasuk pasangannya dalam drama, Redza Rosli, segalanya menjadi.

Saya sekarang pun dah semakin selesa untuk menjayakan babak-babak berat.

Pelakon cantik itu berancang untuk meneruskan kerjayanya dalam industri lakonan. Sharifah menyifatkan kecaman yang dilontarkan oleh netizen sebelum ini sebagai lumrah apabila sudah menjadi artis dan dikenali ramai orang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...