Bukan Batal Tetapi Ditunda – Dazrin Kamaruddin

Hiburan

Bukan Batal Tetapi Ditunda – Dazrin Kamaruddin

Sepatutnya hari ini ialah hari pernikahan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli. Namun seperti yang kita semua sedia maklum, majlis pernikahan tersebut telah pun dibatalkan. Namun Abang Nara agak keliru kerana kenyataan yang berbeza-beza dikeluarkan oleh Dazrin dan Amyra. Yang perempuan kata batal, yang lelaki kata tunda. Mana satu yang betul sebenarnya? Memang pening dibuatnya.

dazrin kamaruddin

Advertisement

Menerusi Berita Harian hari ini, Dazrin memaklumkan yang majlis pernikahannya ditunda kerana kesibukan mereka berdua dengan kerja. Kata Dazrin:-

Saya ingin membuat pembetulan bahawa majlis pernikahan yang dijadual berlangsung pada hari ini bukannya dibatalkan tetapi ditunda.

Kami tunda kerana kami sibuk dengan kerja, bukannya kerana kami bergaduh disebabkan isu adanya orang ketiga.

Amyra tahu kedududakan perkara sebenar. Ketika ini, kami masih mencari tarikh yang sesuai. Segala keputusan perlu dibincangkan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

Kami memang nak sangat bernikah hari ini. Amyra sangat teruja dan setiap hari bercerita perasaannya bakal menjadi isteri.

amyra

Hmmmm. Kalau betul ditunda, syukur Alhamdulillah. Mungkin masing-masing nak fokus pada kerjaya terlebih dahulu kot. Iyerlah, Dazrin dan Amyra kedua-duanya sedang mencipta nama. Takut dah kahwin nanti hilang populariti pulak. Apa pun, jangan tunda lama-lama. Kang lama-lama orang lain kebas pulak. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...