“Bukan Akew Yang Buat Keputusan, Apak Akew” – Wanita ‘Termenung’ Tunggu Rombongan Bakal Tunang, Makanan & Khemah Dah Sedia

Kehidupan

“Bukan Akew Yang Buat Keputusan, Apak Akew” – Wanita ‘Termenung’ Tunggu Rombongan Bakal Tunang, Makanan & Khemah Dah Sedia

Satu perkongsian di TikTok telah mengundang rasa sebak dan amarah netizen apabila seorang wanita dikecewakan oleh bakal tunang yang tidak hadir ke majlis pertunangan mereka.

Impian bergelar tunangan orang musnah

Hasrat wanita itu untuk bergelar tunangan orang akhirnya musnah setelah lelaki berkenaan tidak muncul pada tarikh yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga.

Advertisement

Tak jadi kahwin

Malah, segala barang hantaran untuk pihak lelaki, khemah, makanan majlis pertunangan telah pun disediakan bagi memastikan acara berjalan lancar.

Seharian menunggu, tiada satu orang pun dari keluarga pihak lelaki muncul di hari pertunangan meskipun mereka yang beria-beria menunjukkan kesungguhan untuk bertunang dan mengajak nikah.

Mohon maaf sewenangnya

Setelah itu, wanita berkenaan meminta penjelasan daripada bakal tunangnya itu.

Si lelaki itu sewenangnya memohon maaf tanpa memikirkan perasaan dan malu yang terpaksa ditanggung keluarga wanita berkenaan.

Taak jadi tunangSumber : TikTok  

Jelas pihak lelaki, segala keputusan ditetapkan oleh bapanya dan memaklumkan mereka mempunyai urusan pada tarikh terbabit dan meminta acara pertunangan ditunda ke hari yang lain.

Video TikTok yang dimuat naik wanita itu kemudiannya dipadam tidak lama kemudian setelah ia menjadi tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

donut roti burger
2 months ago

"Kalau Roti Cakap Roti, Donut Bukan Macam Ni.." - Individu Kesal Peniaga Tergamak Jual Donut Palsu, Rupanya Roti Burger 'Ditebuk' Tengah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...