“Buka Aib & Memalukan ” – Dedah Perangai Jijik Bapa, Segelintir Netizen Kecam Puteri Balqis?

Hiburan

“Buka Aib & Memalukan ” – Dedah Perangai Jijik Bapa, Segelintir Netizen Kecam Puteri Balqis?

Kecoh di media sosial semalam apabila satu pendedahan daripada aktres cilik berbakat, Puteri Balqis mengenai sikap bapanya yang dikatakan gemar membuat ancaman dan serangan seksual terhadap dirinya serta ibu tersayang.

Kata Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish yang menceritakan kisah hidupnya dalam satu wawancara di saluran YouTube itu, dia dan ibunya terpaksa hidup dalam tekanan dan ketakutan apabila bapa kandungnya sering berkelakuan jijik dan bernafsu binatang.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

nafsu binatang bapa kandung puteri balqis
2 years ago

"Mak Sakit, Dia Selamba Onani Di Depan" - Puteri Balqis Merana Hidup Dengan Bapa Kandung 'Nafsu Binatang'?

Berikutan dakwaan pelakon remaja itu, ramai netizen di media sosial meluahkan rasa berang dan meminta agar bapa Aqish dikenakan tindakan undang-undang serta dihukum dengan segera.

Namun begitu, seorang individu di Twitter tampil menzahirkan perasaan kurang senang terhadap sikap sesetengah netizen di media sosial yang seolah-olah ‘menghalalkan’ perbuatan jijik bapa Aqish, dengan alasan lelaki itu adalah darah daging dia sendiri.

Individu tersebut turut memuat naik tangkap layar komen-komen yang mengutuk kembali Aqish berikutan tindakannya mendedahkan sikap sebenar bapanya itu kepada umum.

Kebanyakan alasan yang diberi netizen itu adalah seperti perbuatan membuka aib, memalukan bapa kandung sendiri selain menuduh Aqish tidak mempunyai didikan agama yang sempurna sehingga sanggup berkelakuan seperti itu.

FacebookSumber : Facebook  

 

twitterSumber : Twitter  

Sesungguhnya, aib adalah tidak sama dengan jenayah. Jika anda di luar sana yang pernah atau sedang mengalami gangguan, diugut ataupun didera secara fizikal dan mental oleh seseorang, dapatkan bantuan dengan segera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...