Baru-baru ini, tular sebuah video di platform media sosial yang menunjukkan kanak-kanak lelaki yang dipercayai warganegara Rohingya kurang ajar terhadap pengguna jalan raya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian video itu di Twitter, kanak-kanak lelaki terbabit mendekati sebuah kereta yang sedang memberhentikan kereta kerana lampu isyarat ketika itu sedang merah.
Kalau aku dapat budak ni memang dia bernasib malang la jawabnya. Sial punya perangai.
Lokasi bukan di bumi Malaysia tapi di Cheras Darul Rohingya ???. Rm50 dan rm10 kot budak tu dpat? pic.twitter.com/vjrBCCM8T9
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) January 2, 2022
Dilihat dengan teliti, kanak-kanak berumur sekitar lapan tahun terbabit sedang memegang wang kertas yang agak banyak sambil mengetuk tingkap serta membuat mimik muka ‘menggertak’ pemandu agar memberinya duit sedekah.
Meninjau di ruangan komen ciapan video itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan bengang dan menyifatkan kanak-kanak itu agak keterlaluan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.