Seperti yang kita tahu menjaga adab dan kelakuan ketika melancong ke sesebuah destinasi merupakan satu perkara penting yang perlu dijaga.
Namun, ada juga pelancong mahupun pengunjung yang tidak menjaga adab mereka ketika berkunjung di tempat-tempat tarikan.
Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pelancong yang datang ke Sekinchan.
Walaupun Sekinchan tempat tarikan pelancong tapi janganlah rosakkan padi orang lain.
Menerusi hantaran tersebut, dilihat pelancong yang datang telah memijak tanaman padi sehingga tanaman rosak semata-mata untuk mengambil gambar di tengah-tengah sawah padi.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelancong yang seolah-olah tidak menghargai langsung hasil usaha dan titik peluh petani yang sudah bersusah payah menanam padi tersebut.
Letak tabung derma padi rosak – Netizen.
“Suruh owner buat platform untuk amik gambar cas rm1 sudah… owner tak sakit hati.. budak ootd boleh buat perangai,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.