Tular rakaman video menunjukkan ramai lelaki menari sakan di satu acara konsert yang diadakan di Alor Setar. Perkara itu mendapat perhatian ramai apabila konsert terbabit diadakan betul-betul di hadapan Masjid Zahir di bandar berkenaan.
Malah, sesetengah pihak menuding jari kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Ahmad kerana membenarkan acara sebegini berlangsung di kawasan sebegitu.
Menerusi rakaman yang tular selepas dimuat naik di TikTok itu, ramai pengunjung yang hadir dilihat menari sakan dengan berlatar belakangkan masjid berkenaan.
Kerajaan Kedah dilaporkan meluah rasa kesal dengan penganjuran konsert itu pada Sabtu lepas. Menerusi satu kenyataan, Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata,
Program ini pada sebelah pagi kita lihat disusun dengan baik oleh penganjur, ada pelbagai jualan dan gerai dibuka, bagaimanapun pada sebelah malam dianjurkan konsert pula.”
Jelasnya acara hiburan seperti konsert yang dijadikan penutup program amatlah tidak wajar dan kurang sopan apatah lagi lokasinya tidak jauh dari masjid.
Bagaimanapun, menerusi TikTok pula ramai yang berpendapat ada pihak sengaja mahu menjatuhkan Menteri Besar dengan menuduhnya meluluskan acara seperti itu.
@mohdhanif841 harap kerajaan Kedah jawab la isu ni #tolakBNPN
Malah, ada yang berpendapat rata-rata pengunjung itu bukanlah penduduk Kedah sebaliknya datang dari negeri lain untuk menghadiri konsert terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.