Budak 9 Tahun Jadi Wira, Selamatkan Adik Ketika Kebakaran

Trending

Budak 9 Tahun Jadi Wira, Selamatkan Adik Ketika Kebakaran

Seperti yang kita tahu, banyak kita dengar tentang kes kebakaran yang berlaku dalam negara dan ia sedikit sebanyak menyayat hati kita kerana kejadian tersebut melibatkan nyawa seseorang.

Kebakaran merupakan suatu bencana yang berpunca daripada api atau pembakaran secara tidak terkawal yang dibuat secara sengaja atau pun tidak.

Advertisement

Kejadian ini lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan serta mampu mendatangkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

3 years ago

(VIDEO) Dakwa Lambat Sampai Sewaktu Kebakaran, Lelaki Serang Anggota Bomba Daripada Belakang

Tidak dinafikan, kejadian tersebut sering kali berlaku di negara ini dan rata-ratanya berpunca daripada kecuaian dari peralatan api di dapur.

Oleh itu, masyarakat khususnya kepada ibubapa perlulah memastikan rumah mereka lengkap dengan ciri-ciri keselamatan serta menjauhkan perkara yang boleh menjadi punca kebakaran daripada anak-anak.

Kanak-kanak 9 tahun selamatkan nyawa dua adik daripada terbakar

Menurut laporan daripada KOSMO, telah berlaku satu kebakaran pada sebuah rumah yang diduduki oleh tiga orang kanak-kanak di Jalan Abadi Height 1/20 Pulau Meranti, Puchong, hari ini.

Namun, tindakan pantas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berjaya menyelamatkan nyawa dua adiknya daripada menjadi mangsa kejadian kebakaran tersebut.

Kanak-kanak itu dikatakan cuba menyelamatkan adik-adiknya dengan keluar melalui pintu sliding sebaik menyedari kebakaran berlaku di bahagian bilik stor rumahnya.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima panggilan kejadian pada pukul 10.15 pagi dan seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat yang merupakan bangunan kelas A terbakar 10 peratus di bahagian bilik stor namun petugas berjaya padam kebakaran tersebut.

Kejadian kebakaran

(Kiri) Pihak Bomba sedang memadamkan kebarkaran manakala (Kanan), Tiga kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun yang berjaya diselamatkan. – Sumber Sinar Harian

Tambah Norazam Khamis lagi, tiga orang kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun yang berada dalam rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sliding ketika bomba tiba.

Beliau juga turut dimaklumkan bahawa ketika kejadian, ibu bapa kepada tiga orang kanak-kanak tersebut telah keluar bekerja. Bagaimanapun, tiada yang mengalami kecederaan serius, cuma kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mengalami sesak nafas akibat panik dan telah diberikan bantuan pernafasan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...