(VIDEO) Dakwa Lambat Sampai Sewaktu Kebakaran, Lelaki Serang Anggota Bomba Daripada Belakang

Trending

(VIDEO) Dakwa Lambat Sampai Sewaktu Kebakaran, Lelaki Serang Anggota Bomba Daripada Belakang

Seorang anggota bomba dilaporkan cedera sewaktu dalam kerja menyelamat di Kampung Belipat, Lawas, Sarawak selepas diserang oleh seorang lelaki pada Sabtu. Apa kes ni ?

Difahamkan, anggota berkenaan sedang dalam kerja-kerja memadamkan kebakaran di sebuah rumah setingkat dan ditumbuk oleh seorang lelaki daripada belakang. Bukan itu saja, pasukan bomba berkenaan turut dimarahi oleh seorang lelaki lain kerana mendakwa pasukan bomba lewat tiba di lokasi.

Advertisement

Insiden itu sempat dirakam dan ianya menjadi tular di laman Facebook.

Menerusi laporan Astro Awani, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii mengesahkan tentang kejadian dan mengatakan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang berhubung berlakunya satu kebakaran dan setibanya pasukan bomba di tempat kejadian sebahagian besar rumah berstruktur tidak kekal sudah musnah.

Sumber : Astro Awani

Walau bagaimanapun, empat sekeluarga yang menyewa di rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri dan punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...