“Buatlah Sesuatu Mengikut Cara Ibadah..” – Tular Video Gabung Selawat Dengan Lagu Cindai, Mufti Ulas Nyanyian Siti Nurhaliza Dengan Ustaz Don

Hiburan

“Buatlah Sesuatu Mengikut Cara Ibadah..” – Tular Video Gabung Selawat Dengan Lagu Cindai, Mufti Ulas Nyanyian Siti Nurhaliza Dengan Ustaz Don

Tular sebelum ini mengenai sebuah video memaparkan nyanyian selawat seorang pendakwah terkenal, Ustaz Don bersama penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza digabungkan dengan lagu Cindai.

Ia kemudiannya menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya mengkritik tindakan Ustaz Don dan Siti Nurhaliza itu.

Advertisement

Berikutan itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu dibenarkan selagi ia tidak melekakan.

Dia sebenarnya isu yang pokok adalah sama ada boleh ke tidak untuk bermuzik. Jadi ada pendapat kata muzik tak boleh, ada juga pendapat kata muzik boleh selagi ia tidak melekakan.

Jadi sekarang saya rasa tak berbangkitlah (bukan isu) kalau selawat ini dia tidak pergi sehingga meleka-lekakan.

Ujar Mohmmad Shukri lagi, amalan selawat merupakan satu ibadah dan sesuatu perkara yang dilakukan itu jangan terkeluar daripada garis ibadah.

Jadi buatlah sesuatu mengikut cara ibadah. Jangan terkeluar daripada garis ibadah. Kalau nak jadi adat pun, biarlah ibadah itu tidak berlawanan dengan syarak.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpendapatan bahawa tidak salah untuk berselawat dengan berlagu seperti diperdengarkan di media sosial dan platform media yang lain.

“Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bersepakat hukum selawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah sunat muakkad yang tidak harus ditinggalkan oleh orang beriman.” ujar beliau lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa
6 months ago

"Dia Memang Minat, Tak Ada Paksaan" - Neelofa Kongsi Bilal Dah Mampu Hafal Ayat Pertama Surah Yasin, Anggap Rezeki Allah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Majoriti

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...