“Dia Memang Minat, Tak Ada Paksaan” – Neelofa Kongsi Bilal Dah Mampu Hafal Ayat Pertama Surah Yasin, Anggap Rezeki Allah

Hiburan

“Dia Memang Minat, Tak Ada Paksaan” – Neelofa Kongsi Bilal Dah Mampu Hafal Ayat Pertama Surah Yasin, Anggap Rezeki Allah

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa tampil berkongsi perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini amat menggemari membaca surahsurah lazim di dalam Al-Quran.

Ujar Neelofa, tiada sebarang paksaan daripada dia dan suaminya, Haris Ismail untuk Bilal membaca dan menghafal surah-surah pendek di dalam kita suci agama Islam itu.

Advertisement

Alhamdulillah, sebenarnya memang itu rezeki dan anugerah dari Allah. Dia memang minat dengan baca bacaan Al-Quran.

Dia minat, tak ada paksaan, tak ada suruh atau push. Memang dari kecil sesiapa baca Al-Quran je dia akan pergi dengar dan duduk dekat-dekat. Itu adalah satu rezeki yang Allah bagi kat dia.

Malah, Neelofa dan Haris juga terkejut apabila Bilal sudah mampu membaca beberapa ayat pertama surah Yasin dengan sendirinya.

Dia suka baca surah Al-Asr. Yang paling saya terkejut sekali bila memang juzuk 30 tu banyak yang dia dah hafal. Yang paling saya terkejut dengan suami tu bila baru-baru ini beberapa ayat pertama surah Yasin tu dia ingat.

Kami macam terkejut. MashaAllah, Tabarakallah, dia memang minat. Tak ada pun macam kita suruh ke tak. Itu dia sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syura badron
3 weeks ago

"Penat Tau Buat Kuih Raya Tu.." - Penyanyi Wanita Luah Rasa Kesal Kena 'Scam' Dengan Pembeli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...