“Buat Masa Ini 50/50” – Bakal Tinggalkan JDT? Ini Respon TMJ

Trending

“Buat Masa Ini 50/50” – Bakal Tinggalkan JDT? Ini Respon TMJ

Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan salah satu pasukan daripada Liga Super yang terhebat serta mempunyai kualiti sebuah kelab setaraf antarabangsa.

Hal itu berlaku selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih pasukan sejak tahun 2014.

Advertisement

3 years ago

TMJ Beri Bayangan Akan Miliki Pasukan Valencia

Bermula dari itu, Tunku telah berjaya membuat perubahan yang besar terhadap bola sepak Johor ke arah yang lebih profesional.

TMJ umum bakal tinggalkan JDT?

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sedang memikirkan kemungkinan untuk meninggalkan kelab bola sepak yang telah dipimpinnya sejak beberapa tahun lalu.

Perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram menjawab beberapa soalan daripada pengikut mengenai kesahihan baginda akan meninggalkan JDT.

Titahnya, keputusan itu masih menjadi pertimbangan. Baginda bimbang terhadap pelbagai aspek termasuk kelab yang mungkin akan ‘musnah’ apabila baginda angkat kaki.

“Saya sudah lapan tahun mengurus JDT FC, secara jujur saya letih sikit.”

Menerusi hantaran itu, baginda meluahkan rasa letih menguruskan kelab bola sepak yang merupakan minatnya dan masih mempertimbangkan sama ada untuk keluar atau pun tidak.

Masih 50/50

Titah baginda lagi, dalam hidup seseorang, mereka seharusnya mencari sesuatu yang baharu apabila tidak lagi gembira melakukan perkara yang menjadi kebiasaan.

TMJ
Sebelum ini, JDT telah disahkan menjuarai Liga Super buat kali kelapan berturut-turut sejak tahun 2014 dengan masih berbaki dua perlawanan.

Dalam tempoh lapan tahun, kelab itu berjaya mengumpulkan 28 piala iaitu 18 daripada pasukan senior dan 10 daripada pasukan junior.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...