TMJ Beri Bayangan Akan Miliki Pasukan Valencia

Trending

TMJ Beri Bayangan Akan Miliki Pasukan Valencia

Satu lagi kejutan dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini apabila dikaitkan bakal menjadi pemilik kelab LaLiga di Sepanyol iaitu pasukan Valencia.

Persoalan adakah benar TMJ akan membeli pasukan Valencia muncul apabila TMJ berkongsi beberapa bayangan di Instagram story yang kini hanya memiliki masa 2 hari untuk berfikir dan membuat kuputusan.

Advertisement

TMJ turut berkongsi pelbagai info termasuk ranking semasa pasukan Valencia yang kini di kedudukan ke-60 terbaik dunia dan kini dimiliki seorang ahli perniagaan Singapura, Peter Lim.

Saya bukan ahli perniagaan, saya seorang Putera Raja. Wang tidak mendorong saya, hanya kegemilangan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya. Bukan rahsia bahawa saya meminati bola sepak, saya sangat bersemangat.

“Saya bukan baru dalam bola sepak, saya berjaya membina sebuah kelab (JDT FC) dari setiap tahun bertanding di zon penyingkiran tetapi kini menjadi mendominasi kejuaraan setiap musim”.

“Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan musim. Kami adalah kelab terbesar di Asia Tenggara dan salah satu terbesar di Asia”. – Tulisnya.

Berdasarkan perkongsian TMJ lagi, nilai pasukan Valencia sekarang pada harga 408 juta euro bersamaan dengan RM1.9 billion.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-1.png

Advertisement

“Saya ingin mengembangkan empayar saya, melebarkan sayap saya dan mencari cabaran baru. Saya bukan orang yang akan menukar logo atau tradisi kelab anda. Seperti saya katakan tadi, saya seorang kerabat Raja dan bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk capai kejayaan dan melakar sejarah”.

“Apa yang diperlukan Valencia? Mereka perlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan, bersemangat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab. Langkah pertama, kita memerlukan orang bola sepak di kelab, noktah”. – Tulis TMJ lagi.

Jadi, sama-samalah kita nantikan keputusan yang bakal diambil TMJ dalam masa 2 hari ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-379x600.png

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...