Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dilaporkan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru setelah didakwa membuat komen jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga kerabat diraja negeri itu, awal tahun lalu.
Lapor Harian Metro, pelajar yang dikenali sebagai Ahmad Muazz Ishak,23, itu walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Menurut pertuduhan tersebut, Muazz didakwa telah menggunakan aplikasi media sosial Twitter bertujuan membuat dan menghantar komen jelik secara sedar dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Dia kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.
Ianya membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hati kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Idayu Salim manakala pelajar tersebut diwakili peguam Muhd Valantino Ifni Ho Ridzuan.
Peguam mewakili tertuduh telah memohon jaminan rendah dikenakan kepada anak guam memandangkan tertuduh masih belajar dan tidak menerima sebarang biasiswa mahupun pinjaman pelajar.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin daripada RM20,000 dengan seorang penjamin kepada RM3,000 selain mengenakan syarat tambahan iaitu penyerahan pasport milik tertuduh serta pelajar itu mesti melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.
Anonymous
January 13, 2022 at 11:25 pm
sedangkan islam tidak mengajar umatnye untuk ejek mengejek, kutuk mengutuk .. malah kita diajar untuk saling mendoakan antara satu sama lain
Anonymous
January 13, 2022 at 12:27 pm
tak boleh sentuh langsung dia. ko tengok najib razak tu bersepah2 orang kutuk dia takde pun dia saman siapa2 sebab kutuk dia. macam ni korang nak institusi beraja take over malaysia. kem salam!
Anon
January 13, 2022 at 2:57 pm
oh bagus la macamtu. takda lah budaya ejek mengejek, kutuk mengutuk tu ada dalam diri manusia dalam Malaysia ni. ni tak, nama anak orang lain pelik sikit je, di ejek ejek, di kutuk kutuk. perangai dari kecik muda, sampai ke tua pun amalkan budaya kutuk mengutuk ejek mengejek ni. bagi kesedaran sikit.