Rasanya ramai yang tertanya-tanya mengenai siapakah gerangan gadis yang bertuah bakal menjadi suri hati pelakon Remy Ishak. Sudah beberapa kali mengalami episod duka dalam percintaan, sudah pasti peminat mendoakan jodoh yang baik buat lelaki ini.
Walaubagaimanapun, entri Remy Ishak, 39, kelmarin nyata menimbulkan tanda tanya peminat apabila lelaki itu dilihat membuat majlis kejutan hari jadi buat bekas tunangnya, Ezza Yusof, 38, yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Untuk pengetahuan anda, pasangan ini sempat bertunang selama 2 tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2019 atas sebab pelbagai krisis di dalam perhubungan mereka dan bukannya kerana orang ketiga seperti yang didakwa ramai.
Daripada entri yang dimuat naik, majlis itu dikhabarkan telah dirancang oleh Remy sendiri selain lelaki itu turut membelanja semua tetamu pada malam tersebut.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Remy Ishak dilihat turut menyambut hari jadi Ezza buat kali kedua pada hari berikutnya.
Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira melihatkan hubungan baik pasangan ini dan mendoakan agar mereka kembali bersama.
Kita doakan yang baik-baik buat mereka.