Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai status hubungan selebriti Aedy Ashraf dan Amelia Henderson yang didakwa sudah berakhir selepas mereka berdua memuat naik ayat-ayat sedih di laman Twitter.
Menerusi hantaran di laman Twitter, Amelia memaklumkan dia sudah cuba untuk menjadi yang terbaik dan membuat perkara yang betul namun akhirnya hanya melukakan diri sendiri.
Malah, pelakon itu turut mendedahkan dia sudah penat untuk terus berpura-pura dan pengorbanannya seperti hanya sia-sia.
sick of pretending
— ?????? (@ameliath) August 1, 2022
why is it that trying to be nice and do the right thing only ever gets me hurt?
— ?????? (@ameliath) August 1, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai seolah-olah mendapat bayangan ciapan itu sebenarnya mengenai status hubungan percintaanya bersama Aedy.
Malah, terdapat juga netizen yang memberi kata-kata semangat buat Amelia dan berharap hubungan cinta mereka akan kembali seperti sedia kala.
Biar orang buat kita, asal jangan kita buat orang. That’s what make us differs from them. – netizen.
“It’s ok ame…. That’s the real definition of a strong woman. Sakit sekali tak bermakna sakit selamanya…” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.