“Buat Baik Dibalas Baik”- Selepas 4×4, ‘Abang Viva’ Dapat Hadiah Motosikal Yamaha XJ6 Diversion Pula

Berita

“Buat Baik Dibalas Baik”- Selepas 4×4, ‘Abang Viva’ Dapat Hadiah Motosikal Yamaha XJ6 Diversion Pula

Bila kita tolong orang dengan ikhlas, memang rezeki akan datang tanpa diduga. Begitulah yang dirasakan oleh Azwan Omar atau lebih terkenal dengan panggilan ‘Abang Viva’ selepas dia membantu ribuan mangsa banjir baru-baru ini.

Disebabkan kebaikannya menghulurkan bantuan yang sanggup datang dari Melaka berbekalkan RM50, kereta Viva dan bot yang dibawa di atas kenderaan itu, Azwan menerima pelbagai hadiah daripada orang yang tak disangka.

Advertisement

2 years ago

"Kita Dah Dapat 1 Unit Ngam Sesuai" - 'Abang Viva' Setuju Terima 4x4 Dari Pengasas Kosmetik

Ternyata rezekinya melimpah ruah apabila dia baru sahaja dihadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi oleh seseorang atas jasanya. Menurut Kosmo, Azwan telah menerima motosikal jenis Yamaha XJ6 Diversion bernilai RM39,000 dan beberapa aksesori.

Difahamkan motosikal itu telah diserahkan kepadanya di sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam. Menerusi perkongsian di Facebook, ramai netizen berasa gembira dengan rezeki yang hadir tanpa diduga buat Azwan.

Terima kasih kepada Abang Viva. Buat baik dibalas baik.”

Sebelum ini, Azwan telah pun bersetuju untuk menerima kereta pacuan empat roda dari seorang usahawan kosmetik, Sha Hassan yang terharu dengan pengorbanan dan kebaikan ditunjukkannya.

Meskipun berlaku salah faham tentang hal itu yang dikatakan untuk tujuan ‘marketing’ sahaja, namun kata Sha sebenarnya Azwan bersetuju namun mereka perlu tunggu lama kerana kenderaan tersebut tiada stok di kebanyakan tempat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...