Buang ‘Make Up’ Luka Ketika Live, DUKE Dedah Penyakit Tiada Kaitan Dengan ‘Marketing ‘ Filem

Hiburan

Buang ‘Make Up’ Luka Ketika Live, DUKE Dedah Penyakit Tiada Kaitan Dengan ‘Marketing ‘ Filem

Umum sedia tahu pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias kini menghidapi satu penyakit sihir yang dikatakan dihantar oleh seseorang.

Baru-baru ini, Ustaz Kazim muncul dalam satu program bual bicara MeleTop, di mana dia bercerita dan menunjukkan sendiri luka misteri yang dialaminya.

Advertisement

Malah, yang mengejutkan Ustaz Kazim memberitahu bahawa dia telah diserang penyakit berkenaan sejak dari tahun 1997.

Tambahnya, penyakit itu juga bukan untuk ‘marketing‘ filem yang dibintanginya tetapi adalah penyakit sebenar.

Dalam pada itu, dia juga berpendapat mungkin pendedahannya terhadap penyakit tersebut boleh mengaibkan diri dan keluarga, tetapi perlu dilakukan kerana penyakit itu bukanlah dibuat-buat dan ingin mencari sesiapa yang pakar yang mungkin boleh mengubatinya.

ustaz kazim elias

Ustaz Kazim dilihat mengelap sendiri wajahnya dengan tisu untuk menunjukkan lukanya kepada kedua-dua hos program berkenaan iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Selain itu, menurut Ustaz Kazim dia perlu kuat semangat dan terus bekerja untuk berdakwah dan memberi ceramah.

2 years ago

Kaki Dibelah Tapi Tiada Darah Keluar, 6 Doktor Pakar Masih Tak Dapat Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MeleTop!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...