Baru-baru ini, selepas membuat penampilan di program Big Stage 2022 sebagai peserta, warganet tidak berhenti mengecam usahawan kontroversi iaitu Iqbal Zulkefli.
Penat dikecam terus-menerus, jejaka tersebut mencabar barisan juri program terbabit untuk menyingkirkan dirinya pada konsert minggu kedua Ahad ini.
Sedar tidak mempunyai latar belakang dalam bidang nyanyian, Iqbal serahkan nasib beliau sepenuhnya kepada barisan juri professional untuk tentukan kedudukan dalam pertandingan terbabit.
View this post on Instagram
Katanya kepada pihak mStar, dia adalah seorang usahawan dan bukannya penyanyi sebenar, jadi tidak perlu untuk orang diluar sana membandingkan dirinya dalam situasi sekarang ini.
Buang je lah kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa. Saya okey je.
Tambahannya lagi, dia berharap agar peminat industri muzik tanah air tidak menuduhnya terima tawaran muncul di Big Stage atas sebab mengejar publisiti murah.
Pada konsert minggu pertama, persembahan Iqbal mendapat kecaman yang hebat dari netizen, malah juri juga tidak berpuas hati hingga memberikan dia markah yang sangat rendah.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.