“Broken Tapi Masih Bertahan” – Kapsyen IG Zarina Anjoulie Jadi Tanda Tanya, Siap ‘Delete’ Gambar Tunang

Hiburan

“Broken Tapi Masih Bertahan” – Kapsyen IG Zarina Anjoulie Jadi Tanda Tanya, Siap ‘Delete’ Gambar Tunang

Beberapa minggu lalu, pelakon Zarina Anjoulie baru saja berkongsikan momen bahagia bahawa dirinya sudah pun bertunang dengan kekasih hati, Datuk Seri Elzey.

Bagaiamanapun, terbaharu, Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju memuat naik gambarnya berserta kapsyen seakan-akan patah hati di Instagram.

Advertisement

Malah, ruangan komen foto yang dibuat melibatkan tunangnya telah pun ditutup oleh selebriti terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Sebelum itu, Anju ada meletak kapsyen bahawa tunangnya mahu dia menurunkan berat badan dahulu baru mereka berkahwin, namun di tukar.

Bukan itu saja, akaun TikTok Datuk Seri Elzey juga sudah dipadam daripada platform tersebut dan video-video yang memaparkan kemesraan mereka juga ‘lesap’.

zarina anjoulie

Dalam pada masa yang sama, Anju ada memuat naik gambar baharu menyatakan dirinya cuba hindarkan diri daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Namun begitu, masih belum ada perkhabaran lanjut daripada kedua-dua belah pihak dan pasangan itu juga jarang berkongsi momen mesra bersama sejak bertunang.

2 years ago

Zarina Anjoulie Selamat Bertunang Dengan Kekasih - "Akhirnya Awak Hampir Menjadi Milik Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...