Zarina Anjoulie Selamat Bertunang Dengan Kekasih – “Akhirnya Awak Hampir Menjadi Milik Saya”

Hiburan

Zarina Anjoulie Selamat Bertunang Dengan Kekasih – “Akhirnya Awak Hampir Menjadi Milik Saya”

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Zarina Anjoulie kini selamat bergelar tunangan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam majlis tertutup yang diadakan semalam.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Zarina atau lebih mesra disapa Anju menerusi hantaran di laman Instagram dan TikTok.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, pempengaruh berusia 35 tahun itu menunjukkan cincin pertunangan yang disarung di jari manisnya.

Akhirnya, awak hampir menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segala-galanya.

Bukan itu sahaja, Anju turut meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis tersebut selain gembira mendapat ahli keluarga baharu.

Syukur alhamdulillah untuk hari ini. Sayang keluarga baru saya.

Terdahulu, Anju dan Elzey yang berstatus duda didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas sering berkongsi kemesraan di media sosial selain membahasakan satu sama lain sebagai ‘papa’ dan ‘mama’.

Malah sebelum ini, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul turut mengatakan Elzey merupakan guru renang anak lelakinya.

Namun, majlis pertunangan yang diumumkan dalam media sosial itu sekali gus memadamkan spekulasi mengenai status hubungan mereka itu.

kekasih Anju
1 year ago

"Move On, Kembali Bertaubat Kepada Allah" - Bekas Isteri Ganggu, Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...