Mula dihimpit kontroversi apabila didakwa memberikan hadiah berlian palsu kepada penyanyi Aishah dan kemudiannya timbul pula isu kripto wang Lavida Coin diharamkan oleh Bank Negara Malaysia serta dituduh sebagai skim cepat kaya yang hanya ingin mengaut keuntungan dengan cara tidak telus, Datuk Seri Vida tidak dinafikan menerima pelbagai kritikan serta cemuhan.
Namun, masih ada yang ingin mempertahankan DSV berkaitan isu Lavida Coin iaitu Boy Iman. Menerusi akaun Instagramnya, Boy telah memuat naik satu kapsyen yang panjang lebar meluahkan rasa kecewa terhadap netizen yang mudah menghukum orang lain tanpa mengetahui cerita sebenar.
Sepatutnya orang ramai tutup segala aib DSV dan memberikan kata-kata semangat kepada jutawan itu dikala beliau sedang dilanda kesusahan. Pada masa yang sama, Boy turut meminta orang ramai untuk berhenti menyebarkan fitnah terhadap DSV.
Terdahulu, Lavida Coin telah pun disenarai hitam dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia. Laman web yang mempromosikan pelaburan itu juga adalah haram dan tidak diiktiraf serta diluluskan dibawah undag-undang Bank Negara Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga telah mengeluarkan arahan untuk pihak DSV menghentikan sebarang promosi berkaitan kripto wang Lavida Coin.