Sebarang Promosi Lavida Coin Milik DSV Dihentikan Serta Merta

Hiburan

Sebarang Promosi Lavida Coin Milik DSV Dihentikan Serta Merta

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan arahan untuk Datuk Seri Vida menghentikan sebarang promosi berkaitan kripto wang Lavida Coin yang sebelum ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan juga kesangsian terhadap kesahihah pelaburan tersebut.

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, DSV nampaknya akur dengan arahan yang ditetapkan dan memberitahu beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya berkaitan isu tersebut sepanjang tempoh pihak SC membuat penilitian lanjut.

Terdahulu, Lavida Coin telah pun disenarai hitam dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia. Laman web yang mempromosikan pelaburan itu juga adalah haram dan tidak diiktiraf serta diluluskan dibawah undag-undang Bank Negara Malaysia.  Namun, DSV tetap tampil mempertahankan Lavida Coin dan menafikan dakwaan perniagaan kripto beliau itu adalah skim cepat kaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...