Bosan Dengan Tempat Makan Biasa? Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

Makanan

Bosan Dengan Tempat Makan Biasa? Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

Hujung minggu tak tahu nak pergi mana? Jangan risau banyak kafe-kafe menarik dan aesthetic dekat Kuala Lumpur yang korang boleh explore dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga.

6. Feeka Coffee Roasters

Advertisement
Sumber : Instagram 

Kafe yang terletak di Bukit Bintang ini bukan sahaja menyediakan kopi yang sedap, tetapi pastri-pastri yang lazat membuatkan ia menjadi pilihan ramai peminat-peminat kopi untuk datang mencuba. Kafe ini sebenarnya telah lama beroperasi dan merupakan antara perintis dalam bidang kafe di Malaysia.

5. Bean Brothers KL

Sumber : Instagram  

Mempunyai reka bentuk moden dan aesthetic, kafe Bean Brothers KL yang terletak di THE LINC sememangnya menjadi pilihan pengunjung yang sukakan suasana kafe yang cantik dan menarik. Selain itu, terdapat pelbagai menu pilihan yang sangat menarik yang boleh dicuba.

4. Pokok KL

Sumber : Instagram  

Nak lepak kafe tapi nak berunsurkan ‘nature’? Jangan risau, Pokok KL yang berkonsepkan glasshouse dan dikelilingi pokok-pokok dan pemandangan alam sekitar pastinya menjadi pilihan korang yang sukakan suasana tenang dan aman. Seperti biasa, kafe ini menawarkan kopi yang berkualiti berserta menu-menu yang simple dan sedap.

3. Lokl Coffee Co.

Beroperasi sejak tahun 2012 dan terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Lokl Coffee Co. menjadi tumpuan kerana dikatakan mempunyai servis yang mesra dan friendly. Kafe ini juga dikenali kerana reka bentuk industrialnya membuatkan ia tempat yang sesuai untuk mereka yang suka memuat naik gambar di Instagram. Manakala untuk menu, kafe ini menawarkan gabungan makanan dari barat dan tempatan.

2. 28 Fireplace

Sumber : Instagram 

Kafe yang terletak di Persiaran Ampang ini menawarkan suasana yang sangat aman dan sesuai untuk penduduk-penduduk bandar untuk mencari ketenangan. Bagi peminat kopi, disarankan mencuba kopi yang dibuat daripada biji kopi Australia yang dipanggang memberikan rasa robust dan berlemak pastinya akan memberi kepuasan bagi yang mencuba.

1.Merchant’s Lane

Sumber : Instagram 

Reka bentuk berasaskan bangunan lama, Merchant’s Lane yang terletak di Petaling Street sudah tentu menjadi pilihan ramai peminat-peminat kafe. Dengan dekorasi elemen alam semula jadi, Merchant’s Lane juga merupakan kafe halal yang menawarkan pelbagai makanan yang menarik. Antara menu yang mesti dicuba semestinya Italian Chow Mein dan South China Sea, yang merupakan hidangan fusion antara western dan lokal.

3 years ago

Kafe Berasaskan Kopi Dah 'Cliche'? Ini 5 Kafe Yang Berunsurkan Matcha Untuk Teh Hijau 'Lover'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...