‘Bos’ Malaysia Paling ‘Kedekut’ Bayar Gaji Di Asia Tenggara – Kongres Kesatuan Sekerja

Berita

‘Bos’ Malaysia Paling ‘Kedekut’ Bayar Gaji Di Asia Tenggara – Kongres Kesatuan Sekerja

Lapor Utusan Malaysia, para majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk membayar gaji pekerja sekaligus menjadikan ‘bos-bos’ ini sebagai antara majikan paling kedekut di Asia Tenggara.

Angka peratusan Malaysia merupakan yang terendah berbanding Singapura (40%), Indonesia (84%) dan Filipina (76%).

Advertisement
Datuk Abdul Halim MansorSumber : Malay Mail 

Meskipun begitu, perbezaan yang ketara itu diambil kira mengikut kadar populasi negara dengan Malaysia yang mempunyai 33 juta penduduk, Indonesia 273 juta, Filipina 109 juta dan Singapura sebanyak 5.6 juta populasi.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor walau bagaimanapun melabelkan peratusan bayaran yang begitu rendah itu sebenarnya tidak masuk akal kerana majoriti majikan sebenarnya mampu membayar lebih daripada gaji minimum iaitu RM1,200.

Malah, ujarnya lagi, kerajaan juga telah banyak membantu majikan dengan pelbagai bentuk bantuan bagi merangsang kembali pendapatan yang hilang sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan COVID-19.

PekerjaSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbiliion ringgit.

Abdul Halim mengulas mengenai perkara tersebut sebagai respon kepada pendirian Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar-pakar ekonomi yang membantah kenaikan gaji minimum RM1,500 atas pelbagai faktor.

Terdahulu, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Katanya lagi, pekerja merupakan aset dan tulang belakang bagi pembangunan ekonomi negara dan isu kenaikkan gaji minimum bukanlah satu permintaan tetapi satu keperluan pada ketika ini.

Susu tepung tercemar
3 years ago

2 Produk Susu Formula Dikesan Ada Bakteria, Bayi Alami Gejala Demam & Tiada Selera - KKM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...