2 Produk Susu Formula Dikesan Ada Bakteria, Bayi Alami Gejala Demam & Tiada Selera – KKM

Berita

2 Produk Susu Formula Dikesan Ada Bakteria, Bayi Alami Gejala Demam & Tiada Selera – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah kenyataan memaklumkan bahawa terdapat laporan daripada Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat mengenai penemuan bakteria jenis Cronobacter Sakazakii dan Salmonella Newport dalam susu formula bayi keluaran Abbott Nutrition’s Sturgis.

Difahamkan bakteria jenis Cronobacter Sakazakii didapati di persekitaran dan boleh hidup pada keadaan kering seperti dalam rumusan bayi serta boleh mengakibatkan meningtis atau sepsis.

Advertisement

Antara gejala yang boleh menimpa bayi yang mengambil rumusan bayi tercemar ini adalah seperti demam, tiada selera atau kelesuan.

Perkara tersebut dihebahkan KKM menerusi sebuah hantaran Facebook rasmi untuk pengetahuan pengguna.

Hasil siasatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati hanya dua produk rumusan bayi yang terlibat iaitu Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 sachets) dengan nombor batch yang dimulai digit 22 hingga 37 pada kodbar di bekas bernombor K8, SH atau Z2 serta mempunyai tarikh luput 1.4..2022 dan seterusnya.

Sehubungan dengan itu, KKM juga telah melaksanakan tindakan ‘auto-rejection’ di semua pintu masuk engara ke atas produk terlibat.

Susu tepung tercemarSumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia  

Kedua-dua jenis produk susu formula itu telah ditarik balik untuk yang sedia ada di pasaran tempatan dan para penjual,peruncit, pengedar dan institusi yang membeli produk berkenaan akan dihubungi secara proaktif bagi menghentikan penjualan produk tersebut.

Manakala ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mengenalpasti batch kod rumusan bayi berkenaan dan berhenti daripada menggunakan produk yang terlibat dan memantau kesihatan anak masing-masing sekiranya bayi mula menunjukkan gejala selepas meminum susu tersebut.

Bagi pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung produk tersebut atau sebarang isu keselamatan makanan, anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat atau layari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

Bayi meninggal dunia tersangkut buaian
2 years ago

Kepala Tersangkut Di Kain Buaian, Bayi 15 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...