Bomba Berjaya Selamatkan Pengembara Sesat Di Denai Merinding

Trending

Bomba Berjaya Selamatkan Pengembara Sesat Di Denai Merinding

Seperti yang kita tahu, pengembara adalah individu yang gemar melakukan aktiviti dengan cabaran fizikal seperti mendaki gunung serta bukit, trekking, terjun udara, sukan lasak dan bermacam-macam lagi.

Kebiasaannya, aktiviti mengembara melibatkan penerokaan atau perjalanan dengan tahap risiko tertentu serta memerlukan kemahiran khusus dan tenaga fizikal.

Advertisement

3 bulan lalu

Lelaki Dengar Suara Menangis Ketika Sesat Di Sungai Pisang

Ramai individu yang gemar melakukan aktiviti kembara ini kerana mereka dapat melihat dan merasai keindahan serta kepelbagaian flora dan fauna selain menikmati udara dan persekitaran yang segar.

Aktiviti kembara ini juga secara tidak langsung dapat mengasah survival skill seseorang itu, menguatkan fizikal dan mental serta mempraktikkan nilai kerjasama dalam pasukan jika melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan.

Keluarga itu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sesat semasa melalui Denai Merinding Labuan kira-kira pukul 6 petang semalam.

Menerusi sumber daripada BERNAMA, anggota penyelamat berjaya menemukan dan membawa pulang sembilan sekeluarga yang sesat semasa melakukan aktiviti kembara di MTB Park, Bukit Merinding Labuan semalam.

Advertisement

Tambahan lagi, faktor yang mempengaruhi sembilan sekeluarga tersebut untuk sesat adalah disebabkan cuaca buruk dengan hujan dan ribut petir serta keadaan yang sangat gelap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan iaitu Ismaidi Ismail berkata, pengembara sekeluarga itu dikenali sebagai Nizam Laile Suriani, 36; Siti Nurlina, 27; Khairul Nazmi, 27; Muhammad Adib Akil, tiga; Hanif Ikhwan Azwan, lapan; Muhammad Fitri Azami, sembilan; Muhammad Faiz Hazimi, 12; Muhammad Faris Hakimi, 15; dan Adam Mukhriz, 15.

Beliau berkata lagi, kesemua mereka dalam keadaan selamat selain daripada Siti Nurlina yang mengalami kekejangan di kaki.

“Kami memulakan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 6.54 petang dan menemukan semua pengembara itu setengah jam kemudian termasuk seorang wanita yang tidak mampu berjalan,” kata Ismaidi Ismail.

Pengembara sesat berjaya diselamatkan

Gambar pengembara sekeluarga ketika operasi menyelamat – Sumber BERNAMA

Kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan itu lagi, pasukan mereka terpaksa menggunakan tandu atau stretcher sebagai langkah menyelamat sementara yang lain pulang dengan selamat.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata yang pengembara berjalan kaki berkenaan tidak dapat mencari jalan pulang selepas mereka terkeliru dengan tiga simpang yang ada di denai itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...