Apabila warga Malaysia berjaya mengharumkan nama negara, sudah pasti kita sebagai rakyat akan turut berasa bangga dengan khabar gembira yang diterima.
Seperti baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia telah menaikkan nama negara dengan menduduki tempat pertama di sebuah institusi pendidikan terkenal di Amerika Syarikat pada minggu lalu.
Gadis yang bernama Irdina Shahriman telah mencipta sejarah dengan mengatasi hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat dan mendapat perhatian ramai, termasuk sekali media.
Johari mewakili minda sempit seorang lelaki yang kurang akal.
Wahai lelaki.. Jangan jadi Johari, sekian. pic.twitter.com/OgiSaW7Ux0
— Saiful Nizam (@saifulnizam769) April 10, 2022
Biarpun ramai yang gembira dengan kejayaan Irdina, ada juga seorang lelaki yang tidak senang hati melihat kejayaan gadis tersebut dengan meninggalkan komen perli di ruangan komen.
Melihat daripada komen lelaki tersebut, dia mempertikaikan jika gadis tersebut mampu ataupun tidak melakukan hal-hal kerja rumah biarpun dapat keputusan cemerlang.
Kerana meninggalkan komen seperti itu, lelaki terbabit telah mengundang kecaman daripada netizen dan ada yang mengatakan lelaki itu mempunyai pemikiran yang pendek apabila berbuat sedemikian.