(VIDEO) “Bayar Mahal Tapi Meja Tepi Eskalator” – Netizen Berang Buffet Ramadan Hotel Mewah ‘Indah Khabar Dari Rupa’

Kehidupan

(VIDEO) “Bayar Mahal Tapi Meja Tepi Eskalator” – Netizen Berang Buffet Ramadan Hotel Mewah ‘Indah Khabar Dari Rupa’

Menjelangnya bulan Ramadan, ramai pengusaha hotel akan mengambil peluang untuk mengadakan program berbuka puasa ala ‘buffet’ kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Dan kebanyakan pengusaha hotel kini menawarkan harga buffet Ramadan mampu bayar dan ada juga yang sedikit mewah kerana taraf hotel 5 bintang dan sebagainya.

Advertisement
Sekadar gambar hiasanSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok apabila individu itu mendakwa bahawa buffet Ramadan yang diadakan sebuah hotel mewah di Putrajaya hanyalah ‘indah khabar dari rupa’.

Kata individu itu, pihak hotel telah melakukan kerja sambil lewa kerana susun atur meja makanan yang berselerak sehingga menganggu orang ramai.

Selain itu, ramai pelanggan dilihat masih menunggu untuk mendapatkan meja meskipun sudah masuk waktu berbuka.

Individu itu juga merasakan bahawa pihak hotel hanya ingin mengaut untung dan tidak memperdulikan SOP dan keselesaan pengunjung.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama dan kebanyakan berpendapat bahawa pihak hotel haruslah mengehadkan pengunjung bagi satu hari.

“Patut buat booking table dan limitkan per day. Hotel ni pun…” komen seorang netizen.

Difahamkan, buffet Ramadan yang ditawarkan hotel berkenaan juga agak mahal iaitu sekitar RM188.

infaq kurma
8 bulan lalu

"Sekilo RM5 Jadi RM50.." - Salah Guna Ayat 'Infaq', Ramai Ambil Kesempatan Atas Nama Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    April 13, 2022 at 3:38 pm

    RM188…nk dekat RM200 tuuu
    Sanggup eih?

  2. SHAMSURI

    April 12, 2022 at 2:37 pm

    Baru tahu ke? diorang dah lama rancang…ko jer yang lalai…..

  3. Anonymous

    April 12, 2022 at 1:07 pm

    ORANG MELAYU KANNNN.. ramadan supposed mengajar kita berserdahana, utk focus kpd ibadah
    tp dia bantai buffet
    lgsg xde jiwa ramadan tu

Loading...