Gara-gara video memasak ikan talapia masak lemak di Instagram, pelakon Rozita Che Wan dipersoal seorang individu yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan aktres itu iaitu ikan talapia laut.
“Ada ke ikan talapia laut? Baru tengok Che Ta masak dekat Instagram..” soal individu tersebut di Facebook.
Tidak menunggu lama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu tampil membidas sinis persoalan individu tersebut dan mempertahankan kewujudan ikan talapia laut.
Malah, Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu turut berkongsi perbezaan ikan jenis sungai dan laut di Instagram Story miliknya.
“Bodoh tu simpan dalam sungai supata orang tak nampak!” balas Che Ta marah.
Terdahulu, isteri kepada Zain Saidin itu rajin berkongsikan resipi juadah enak dalam Instagram miliknya menerusi aplikasi Reels di mana dia ada berkongsi resipi ikan talapia laut masak lemak dengan pegaga.
View this post on Instagram
Dia juga kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan Lapis Pandan Cheese Cake menerusi akaun @daridapoqcheta.