Tidak salah untuk seorang majikan menegur ataupun memarahi pekerja jika mereka melakukan kesilapan ketika membuat task yang telah disuruh.
Akan tetapi, pekerja juga merupakan seorang manusia yang mempunyai perasaan, jadi tidak perlu sampai memalukan pekerja seperti merakam ketika mereka melakukan kesalahan.
Seperti video yang ada di TikTok baru-baru ini, terdapat seorang majikan memuat naik video sedang memarahi pekerjaannya akibat kecuaian pekerja tidak memasak dengan betul.
Lihat dari video terbabit, wanita itu sedang memarahi pekerjaanya tapi apa yang membuatkan ianya mendapat perhatian ramai adalah cara beliau merakam pekerja itu sedang dimarahi olehnya.
Warganet berpendapat video tersebut tidak perlu di muat naik di media sosial kerana ianya menjatuhkan ‘air muka’ pekerja itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan majikan itu dan ada juga mengatakan wanita itu telah menutup ‘periuk nasinya’ sendiri kerana menunjukkan perangainya melayan pekerja di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.