BJAK Rupa-Rupanya Tipu Dapat Kelulusan JPJ Untuk Perkhidmatan Pembaharuan ‘Roadtax’

Gaya Hidup

BJAK Rupa-Rupanya Tipu Dapat Kelulusan JPJ Untuk  Perkhidmatan Pembaharuan ‘Roadtax’

Tindakan BJAK yang menguar-uarkan iklan perkhidmatan yang disediakan termasuklah pembaharuan cukai jalan telah mengundang padah.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menegaskan syarikat berkenaan tidak ada kelulusan dari JPJ mahupun Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menjalankan perkhidmatan itu.

Advertisement

Menerusi kenyataan yang di aplikasi X, pihak JPJ juga berkata BJAK dakwa mempunyai kelulusan pihak berkuasa adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

JPJ juga telah menerima beberapa aduan daripada orang awam berkaitan isu tempoh sah laku cukai jalan yang tidak dikemas kini dan syarikat mengenakan caj tambahan semasa menggunakan perkhidmatan ini.

Orang percaya sebab artis pun buat paid review

BJAK difahamkan berjaya dapatkan kepercayaan pelanggan dengan menggunakan taktik ‘mengupah’ artis untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan platform yang menawarkan perkhidmatan yang tidak sah ini bagi mengelakkan penipuan dan kerugian.

Orang ramai juga digalakkan untuk melakukan urusan pembaharuan ini melalui kaunter JPJ terdekat, aplikasi MYJPJ atau platform yang telah disahkan sahaja.

artis

BJAK kini menjadi bualan hangat warganet di media sosial dari beberapa hari yang lalu semenjak syarikat tersebut terpalit dengan isu dakwaan menganiaya pekerja-pekerjanya.

JPJ tinted
2 weeks ago

“Lori Duk Lane Kanan Dekat Highway Tu? Lagi Bahayakan Nyawa” - Individu Persoal JPJ ‘Beria’ Fokus Pasal Isu ‘Tinted’ Gelap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...