BJAK Respon Pada Kenyataan JPJ – “Perkhidmatan Berfungsi Dengan Lancar, Kini Percuma Untuk Semua Pelanggan BJAK”

Gaya Hidup

BJAK Respon Pada Kenyataan JPJ – “Perkhidmatan Berfungsi Dengan Lancar, Kini Percuma Untuk Semua Pelanggan BJAK”

Syarikat teknologi, BJAK Sdn Bhd (BJAK) telah memberi respon selepas namanya dibangkitkan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tidak pernah memberikan kelulusan kepada mereka untuk perkhidmatan pembaharuan cukai jalan.

 

Advertisement

Perkhidmatan berfungsi dengan lancar

Menerusi pengumuman yang dikeluarkan syarikat itu, BJAK berkata perkhidmatan utama syarikat itu adalah perbandingan (harga) dan pembaharuan insurans kereta serta perkhidmatan VIP khas untuk pelanggan.

BJAK

Tegas BJAK, ia disediakan secara perkhidmatan pilihan dan percuma, tidak seperti platform lain yang biasanya mengenakan caj antara RM3 dan RM11 untuk pembaharuan itu.

Selain itu, syarikat berkenaan berterima kasih terhadap sokongan diberikan dan turut mengumumkan bahawa perkhidmatan tersebut kini percuma buat semua pelanggan BJAK.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BJAK (@bjak.my)

 

Ambil maklum perkara dibangkitkan JPJ

Sementara itu, BJAK turut berkata pihaknya mengambil maklum tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh JPJ dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu meningkatkan pengalaman bagi semua pemilik kenderaan di Malaysia.

BJAK juga kekal komited untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan cemerlang, melalui standard pematuhan tertinggi.

Dalam pada itu, BJAK juga berkata platform itu kekal tertinggi dalam ‘review’ di Google dengan lebih 250,000 ulasan.

Semua komen juga dibalas dengan liputan 100 peratus. BJAK turut menyasarkan penyelesaian pada hari yang sama untuk semua pertanyaan atau maklum balas oleh pelanggan.

BJAK

bjak
6 hours ago

BJAK Rupa-Rupanya Tipu Dapat Kelulusan JPJ Untuk Perkhidmatan Pembaharuan 'Roadtax'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...