Sedia maklum, perniagaan kecil, Tiara Botol Candy sememangnya mendapat sambutan yang cukup dasyat di platform TikTok dan susulan itu, pelawak Achey mengambil keputusan untuk mengambil pekerja sambilan untuk bantu dalam kerja pembukusan.
Menurut Achey, selepas saja dirinya memuat naik iklan mencari pekerja sambilan di Instagram Story, semalam, ratusan mesej diterima daripada individu yang berminat.
Ada yang kata sanggup tidak dibayar semata-mata ingin berjumpa Tiara.
@achey_kintangkintung Yang nak runcit2 .. tekan beg kuning #tiaracandy #tiarazinnirah #tiaraanakachey #tidolagibest ? Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevee wuaten
Kata pelawak itu lagi, sehingga ke hari ini, jualan pek gula-gula yang dijual sudah hampir 18,000 dan jumlah pemulangan juga sangat rendah berbanding sasaran yang dibuat.
Dalam pada itu, bapa kepada Tiara berkata dia mengambil serius berkenaan bisnes ini hingga sanggup menjual beberapa aset termasuk motosikalnya demi membeli sebuah van bagi urusan pengambilan gula-gula.
Sekadar info, pada 23 Ogos lalu, Achey sangat terkejut selepas perniagaan makanan ringan yang dijalankan oleh anak perempuannya mendapat sambuta cukup hebat kerana dalam beberapa minit ia sold out.