Bisnes Fesyen Tak Menjadi, Penyanyi Ezuwan Ismail Kini Jual Karipap

Hiburan

Bisnes Fesyen Tak Menjadi, Penyanyi Ezuwan Ismail Kini Jual Karipap

Pereka fesyen yang dahulunya bergelar penyanyi, Ezuwan Ismail memberitahu bahawa dia kini sedang bergelut dalam bidang perniagaannya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ujar Ezuwan, penjualan baju rekaannya tidak mendapat sambutan pelanggan meskipun sudah dipasarkan dengan harga promosi dan murah.

Advertisement

Malah, Ezuwan juga tidak menerima sebarang tempahan busana pengantin sepanjang tahun ini sekaligus membuatkan dirinya ‘terduduk’ dan stres’.

Jualan baju online pun tak jalan. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.

Justeru itu, penyanyi lagu Semalam Sahaja ini turut melibatkan diri dalam perniagaan makanan di bawah jenama Mok Neko yang memasarkan juadah berupa kuih muih, karipap, ketupat, murtabak dan kek coklat.

Disebabkan perkara tersebut, Ezuwan mendedahkan bahaawa ada sesetengah orang telah menganggap dirinya sudah gulung tikar dalam mengusahakan perusahaan butiknya itu.

“Lucunya, apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen..” ujarnya lagi.

Perkembangan terbaru, Ezuwan khabarnya bakal melancarkan lagu terbaharu berjudul Lambaian Pagi Syawal yang telah ditunda ke tahun hadapan.

6 years ago

Pereka Fesyen Ezuwan Ismail Dan Maria Farida Akui Sengaja Ciplak Rekaan Baju Antarabangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...