May 15th, 2018

Minggu lalu, pereka fesyen Ezuwan Ismail dikecam hebat oleh netizen yang mempertikaikan kreativiti beliau apabila meniru rekaan antarabangsa bagi busana yang digayakan oleh Nabila Razali dan Maria Farida.

Namun, pereka ini nampaknya agak “kebal” dengan segala kritikan dan kembali melakukan perkara yang sama ketika mereka busana gaun kembang berwarna kuning yang digayakan oleh Maria Farida pada malam anugerah DFKL 2018 hujung minggu lalu.

Sekali lagi ia menjadi satu isu hangat dan ada sesetengah netizen berpendapat sebagai seorang pereka fesyen popular, beliau seharusnya tampil dengan idea sendiri dan tidak seharusnya berbangga meniru hasil idea orang. Apatah lagi Ezuwan menggelarkan dirinya “Tukang Jahit Termahir Malaysia”.

Menurut Ezuwan, beliau dan Maria Farida sememangnya sengaja ingin meniru rekaan tersebut dan seakan geram dengan sikap netizen yang sebelum ini tidak pernah ingin mengambil perhatian dengan baju rekaan beliau. Bunyi macam mahu balas dendam sahaja? Eh..

Secara jujurnya memang kami sepakat untuk sengaja meniru kerana geram dengan netizen yang hanya mengkritik sahaja walaupun sebelum ini banyak baju hasil kerja saya lalu di karpet merah. Kami sudah bersedia tanggung risiko untuk dikecam netizen. Bila kita buat idea kita mereka tidak mahu menilai pula.

Terpulanglah kepada seseorang itu bagaimana untuk meraih perhatian , tetapi kalau sudah selalu sahaja meniru rekaan orang lain, jangan salahkan orang ramai sekiranya ada yang tidak lagi menghargai hasil karya anda selepas ini. Boleh sahaja menghasilkan sesuatu yang lebih “wow” hasil idea sendiri untuk orang ramai menilai. Apa komen korang?

Sumber Berita : mStar Online & i knowfashion


18 responses to “Pereka Fesyen Ezuwan Ismail Dan Maria Farida Akui Sengaja Ciplak Rekaan Baju Antarabangsa”

  1. jejai says:

    Harap ko kena saman la dengan pereka asal ni, kebanyakan pereka antarabangsa ni diaorg dah trademark design diaorg or senang cite masa penubuhan syarikat diaorg dh inform pasal copyright.
    Sedangkan syarikat besar macam Padini pun penah kena saman ratus ribu pasal copy design org, ini kan pulak semut mcm ko yg bodo sombong

  2. Beras Nasional says:

    That’s why dia jadi tukang jahit termahir..bukan pereka fesyen termahir.

  3. fishball says:

    eeuuww?? that cheezy bits dress is so ugly i just cant????? i wouldnt be caught dead wearing that. GROSS

  4. Anoyn says:

    Jeremy Scott is the original designer of Moschino Couture

  5. Anonymous says:

    Jeremy Scott is the original designer of Moschino Couture

Loading...