Bisnes Baru Laku Sehari, Esoknya Disuruh Tutup Pihak Berkuasa Sebab Ada Aduan

Kehidupan

Bisnes Baru Laku Sehari, Esoknya Disuruh Tutup Pihak Berkuasa Sebab Ada Aduan

Baru sehari laku berniaga air coklat tepi jalan, tapi hari seterusnya diminta mengosongkan tapak berniaga oleh pihak berkuasa.

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Akmal Shahmi Nordin, 22, berserta dua orang lagi rakannya apabila bisnes jualan air coklat di tepi jalan terpaksa berhenti operasi.

Advertisement

Memetik laporan mStar, lelaki yang mesra disapa Mie itu menceritakan bahawa idea untuk berniaga itu datang daripada rakannya yang berasal dari Cameron Highlands.

Menurut Mie, jalan di kawasan itu sesak teruk kerana musim cuti dan cuaca panas, di tepi-tepi jalan juga tidak ada peniaga-peniaga kecil yang menjual air.

Oleh itu, Mie dan dua orang rakannya mencuba nasib menjual air coklat di tepi jalan dan pada hari pertama tiga balang berjaya dijual.

Namun pada hari kedua, belum sempat menghabiskan balang ketiga, pihak berkuasa mendatangi Mie dan rakan-rakannya meminta mengosongkan tapak yang sedang mereka berniaga.

Mie yang berasal dari Ipoh, Perak, mengaku kesalahan kerana perniagaan yang tidak mengikut spesifikasi majlis iaitu tiada lesen atau tapak perniagaan yang betul.

Selain itu, Mie menjelaskan perniagaan itu dijalankan hanya sekadar suka-suka dan menikmati ‘moment‘ mereka bertiga sebagai kawan baik.

Mie juga berasa terharu dengan sikap anggota majlis yang beradab semasa meminta mereka memberhentikan perniagaan.

3 years ago

(VIDEO) "Berniagalah Cara Jujur..." - Wanita Bengang Peniaga 'Buat Tak Tahu' Lepas Mengadu Makanan Berulat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...