Pelakon Shaheizy Sam sememangnya dikenali sebagai seroang pelakon yang komited dengan watak yang dibawa dalam mana-mana filem lakonannya.
Antaranya, watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo yang bertubuh kekar dan Naufal si kurus kering menerusi filem Pinjamkan Hatiku dapat menyaksikan transformasi dan dedikasi Shaheizy terhadap setiap naskah karya yang dibawanya.
Mungkin terlalu lama berada di rumah akibat PKP, Sam dilihat sudah tidak endah untuk terus menjaga badan dan ia dapat disaksikan dengan jelas melalui perubahan bentuk tubuh badannya kini.
Namun begitu, khabarnya Sam telah mula ke gimnasium untuk bersenam gara-gara perut yang semakin ke depan dan gendut.
Perkara tersebut dimaklumkan Sam menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, sebentar tadi.
View this post on Instagram
“Ini kalilah! Bini bakal mengembang, laki kenalah kecut…” tulis Sam ringkas dengan nada berseloroh.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat sudah menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan perubahan tubuh badan pelakon itu.
Selain itu, ada juga yang memberi kata semangat kepada Sam agar terus bersenam dan kekal sihat sentiasa bersama keluarga tercinta.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.