Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shaheizy Sam Usung TV Ke Hotel, Gara-Gara Isteri Alami Alahan Tak Boleh Tengok Rumah Sendiri

Syatilla Shaheizy

Sebelum ini, pelakon Syatilla Melvin mendedahkan bahawa dia mengalami alahan pelik iaitu tidak boleh berada dalam rumah sendiri sepanjang kehamilan ketiganya ini.

Advertisement

Syatilla kemudiannya memaklumkan bahawa dia ‘bertarung’ sepanjang dua minggu untuk melawan alahan pelik tersebut.

Berikutan itu, suami kepada Syatilla, pelakon Shaheizy Sam telah menyewa hotel selama beberapa hari malah turut membawa televisyen milik mereka sekeluarga ke tempat penginapan tersebut.

Sanggup bawa TV besar dari rumah supaya tak boring. Kalau dah bawa TV maksudnya bukan duduk sekejap eh. 2 minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ini..tewas akhirnya..

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana terpaksa berkorban dan menghadapi bersama-sama dugaan hamil kali ini.

Advertisement

Syatilla dalam pada masa yang sama berharap agar kelahiran bayi ketiga ini baik-baik sahaja dan sihat walafiat kerana tiada apa yang lebih diharapkan hanyalah kesejahteraan anaknya itu.

Terdahulu, Syatilla pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan jika diikutkan, kehamilan kali ini adalah anak ke-6 buat dirinya.

Sekadar info, Syaheizy dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    October 5, 2021 at 10:43 am

    aku pon muak dok umah sndiri. bau rumah pon xlalu. kene dok umah org lain haha. dok depan xkene dok bilik xkena. tp hadap jelahh. xkaye buat care xkaye la kan. haha

  2. Taki Taki

    October 3, 2021 at 7:53 am

    2 minggu duk hotel sbb alahan preggy ke atau kau kene kuarantin… 2 minggu adalah 14 hari hotel kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mereka yg pulang dari travel.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top