Pelakon kanak-kanak yang semakin meningkat remaja, Mia Sara tampil meluahkan rasa bingung kerana kenyataannya di media sosial sering disalah erti.
Dia yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi bersama Puteri Balqis ada bertanya mengapakah ayat atau kenyataannya sering diputar belit oleh netizen.
why do ppl keep on twisting my words?
— Mia Sara Nasuha (@MiaSaraNasuha) February 9, 2022
Why do people keep on twisting my words? (Kenapa orang selalu putar belit ayat saya?) – Mia Sara Nasuha
Tindakan Mia yang menjawab soalan netizen mengenai kehidupan Puteri Balqis yang dianggap sebagai memandai-mandai itu mencetuskan perbalahan apabila Balqis tampil membuat kenyataan berbaur kecewa dengan tindakan Mia.
Mia memberi pendapat di TikTok di mana dia telah meminta netizen agar tidak menyalahkan cara hidup Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.
Dan pada awal bulan lalu, Mia dikecam hebat setelah dia memuat naik status berasa penat apabila disamakan dengan individu lain.
Sehubungan dengan itu, luahan Mia telah disalah erti dan ada netizen menyuruhnya untuk bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu agar tidak disalah erti lagi selepas ini.
Kata netizen, perkataan bahasa Inggeris yang digunakan Mia itu seperti tidak selari dengan apa yang cuba disampaikan pelakon itu.
“Dah boleh tweet guna bahasa Melayu kot. Semakin awak guna bahasa Inggeris, semakin ke laut kenyataan dan persoalan awak.” tulis seorang netizen.