“Bingitnya..” – Anak ‘Non-Stop’ Menangis Dalam Pesawat, Bapa Tampil Mohon Maaf Kepada Penumpang

Kehidupan

“Bingitnya..” –  Anak ‘Non-Stop’ Menangis Dalam Pesawat, Bapa Tampil Mohon Maaf Kepada Penumpang

Bercuti bersama keluarga sememangnya satu perkara yang seronok untuk dilakukan, lagi-lagi apabila musim cuti sekolah ini. Namun, untuk menjaga anak kecil semasa dalam perjalanan ke tempat percutian itu bukanlah satu perkara mudah.

Seperti yang dilalui oleh pasangan ini apabila membawa anak kembar mereka untuk pergi bercuti dengan menaiki penerbangan. Difahamkan, pada awalnya anak-anak masih tenang di dalam kapal terbang, namun atas faktor keselamatan, barangkali anak-anak berasa terkejut apabila disuruh pakai seatbelt dan disebabkan itu mereka menangis.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, ada penumpang lain yang meluahkan rasa tidak selesa apabila anak kembar mereka menangis semasa penerbangan.

Sedar ada mulut-mulut yang menyuarakan rasa tidak selesa sepanjang perjalanan, bapa kepada kembar terbabit membuat satu video di TikTok memohon maaf kepada penumpang yang menaiki penerbangan sama dengan mereka.

Menurutnya, biarpun sudah sedaya upaya untuk menenangkan anak kembarnya itu, mereka tetap menangis sehingga pesawat mendarat ke destinasi yang dituju.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pasangan tersebut kerana meminta maaf kepada penumpang lain dan ada juga memberi tips agar anak berasa selesa ketika berada dalam pesawat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

preggy
3 years ago

"Sumpah Scary" - Diekori Lelaki ‘Psycho’, Wanita Hamil Trauma Meskipun Berjalan Dengan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...