Usahawan kosmetik terkenal yang kini aktif di TikTok, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa pilu dan hiba apabila salah satu bangunan perniagaan kepunyaannya sudah dikosongkan.
Ini berikutan pandemik COVID-19 yang menjejaskan sedikit sebanyak perniagaannya sejak tahun lalu.
View this post on Instagram
Aliff dilihat telah berkongsikan perkara tersebut di laman sosial Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
“Saya sedih dan pilu melihat bangunan yang dibeli ini kosong. Dahulunya ceria penuh dengan gelak tawa dan happy tetapi benda ini hanya tinggal kenangan..”
Kata usahawan terkenal lagi, dia berharap agar empayar perniagaan yang dibina sejak sekian lama itu dapat bertahan dalam mengharungi detik sukar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini.
View this post on Instagram
Dia juga berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki supaya dapat berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
“Semoga dengan rezeki ini boleh saya membantu rakyat, agama dan juga memberi bantuan kepada mereka yang memerluka. Amin Amin Ya Rabalamin..” zahir harapan Datuk Aliff Syukri.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.